MaDRaSaH RaMaDHaNiaH

Author: Azhar /

Ada ke nama sekolah Ramadhaniaah??? Tak lah, nie sekadar ungkapan yang digunakan oleh ustaz ana apabila menjelang Ramadhan alMubarak. Ramadhan bukan sahaja bulan yang untuk menambah amalan ibadah kita tetapi bulan ini juga mampu mendidik seseorang menjadi orang yang betul-betul beriman kepada tuhannya. Bukti??? Kita tengok dekat masjid atau surau berdekatan rumah kita, kalau sebelum ini jangan harap nak lebih dari 3 lain bila solat jemaah maghrib dan isya', tapi masuk je Ramadhan, bersaf-saf kita dapat lihat. Tapi yang peliknya, dalam waktu beribadah masih ada orang buat perkara yang tak baik. Bergantunglah kepada keimanan seseorang muslim itu sendiri. Sempena memasuki bulan Ramadhan sama-samalah kita meningkatkan amal ibadah dan iman kita serta menambah taqwa kita kepada Allah azza wa jalla. Semoga amalan kita menjadi amalan yang istiqamah bukan sekadar ketika nak berpuasa sahaja....
Akhir Kalam, Selamat Berpuasa Dan Selamat Beramal

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

0 ulasan:

Catat Ulasan